Awan Latar Belakang Istana Travian: Legends

Peraturan Permainan

Peraturan permainan ini merupakan sebahagian daripada Syarat-syarat permainan. Sekiranya terdapat penggantungan atau untuk menyemak apa yang dibenarkan dan apa yang tidak, anda juga perlu merujuk  Syarat-syarat permainan, terutama sekali Bahagian §6.


Cubaan untuk mengelak daripada peraturan permainan, untuk menggalakkan pemain lain melanggar peraturan permainan atau untuk mendapat kelebihan daripada pelanggaran peraturan akan dianggap sebagai satu pelanggaran dan dihukum sewajarnya berdasarkan pelanggaran yang dibuat dan atas budi bicara pasukan Travian: Legends. Semua peraturan permainan masih dikenakan terhadap pemain yang ingin memadam akaun Lobi atau avatar mereka atau dalam proses untuk memadam akaun Lobi atau avatar mereka. 

§ 1. Avatar

  • § 1.1.a Setiap pemain hanya boleh memiliki dan bermain satu avatar bagi setiap dunia permainan. 

  • § 1.1.b Suatu avatar mestilah sentiasa dimainkan untuk manfaatnya sendiri atau manfaat gabungannya. Avatar yang wujud untuk manfaat avatar di luar perikatan atau gabungan yang sama mungkin digantung atau dihapuskan secara kekal. Avatar yang menerima manfaat daripada avatar yang wujud untuk manfaat mereka akan dikenakan hukuman yang berat. 

    Kelakuan yang ditegah ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tindakan yang berikut: 

    • Kebun persendirian - menyerbu avatar di luar gabungan penyerbu yang membenarkan dirinya diserbu oleh pemain yang tertentu atau beberapa pemain daripada gabungannya. Ini tidak menjejaskan serbuan biasa di mana pemain yang tidak aktif diserbu oleh pelbagai gabungan. 

    • Bangunan kampung untuk tujuan ditakluk oleh pemain lain di luar gabungan mereka sendiri. 

  • § 1.2 Pemilik akaun Lobi dan avatar adalah pemilik alamat emel yang dikaitkan dengan akaun Lobi tersebut.  Sekiranya terdapat keraguan yang sewajarnya, pemain tersebut mungkin diminta menghantar satu emel kepada bahagian Sokongan sebagai bukti daripada alamat emel berdaftar akaun Lobi tersebut, untuk mengesahkan bahawa dia adalah pemilik akaun Lobi tersebut. Kakitangan Travian: Legends tidak sekali-kali akan meminta kata laluan anda. 
     
  • § 1.3.a Berkongsi kata laluan akaun Lobi tidak dibenarkan, termasuk kes "dwi" - apabila avatar dimainkan oleh dua pemain atau lebih. Dwi mestilah ditambahkan di Lobi bagi dunia permainan yang tertentu, dan mereka perlu melog masuk ke akaun Lobi mereka sendiri untuk mengakses avatar yang telah ditugaskan kepada mereka.  

    Travian Games GmbH tidak akan membayar apa-apa ganti rugi kepada pemilik akaun Lobi di atas apa-apa kerugian yang dialami oleh akaun Lobi tersebut yang disebabkan oleh orang lain yang mendapat tahu kata laluan akaun tersebut. 
     
  • § 1.3.b Jika Pemain ingin bertukar daripada satu avatar kepada avatar yang lain atau ingin mencipta avatar yang baru, maka avatar yang lama perlu dipadamkan terlebih dahulu sebelum akses diberikan kepada avatar baru atau avatar baru dicipta. 
     
  • § 1.4Jika tidak aktif, avatar akan dipadam secara automatik tidak kurang daripada tujuh hari selepas kali terakhir log masuk. 
     
  • § 1.5 Rujukan - Sekiranya terdapat penyalahgunaan sistem rujukan (seperti mencipta beberapa avatar yang melanggar §1.1), kedua-dua pihak yang terlibat akan dipertanggungjawabkan dan dihukum. 
     
  • § 1.6 Penyalahgunaan sistem pembayaran dan penggantungan boleh membawa kepada pemadaman avatar tanpa peluang untuk merayu lagi. 
     
  • § 1.7 Penyalahgunaan reka bentuk permainan, yang dianggap oleh Perkhidmatan Pelanggan sebagai mengganggu pengalaman permainan pemain lain, boleh didenda. 
     
  • § 1.8 Tawaran “istimewa”, seperti Pek Permulaan Emas, akan dikecualikan daripada Pemindahan Emas. Peruntukan ini akan menggantikan 2.6 di dalam Syarat-syarat.

§ 2. Pengganti avatar

  • § 2.1 Setiap pemain boleh melantik pengganti yang akan menjaga avatarnya. Pengganti sesuatu avatar mestilah memainkan avatar ini menggunakan fungsi gantian avatar dalam permainan. Kata laluan akaun lobi tidak boleh diberikan kepada pengganti. Dilarang menyalahgunakan fungsi pengganti.
     
  • § 2.2 Travian Games GmbH tidak menawarkan bayaran ganti rugi ke atas kerosakan yang disebabkan oleh pengganti. Pemilik akaun Lobi bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan mana-mana pengganti avatar mereka. Sekiranya pengganti melanggar peraturan atau Syarat-syarat Travian: Legends, kedua-dua pemilik akaun Lobi dan penggantinya boleh dihukum.

§ 3. Penggunaan program luaran

Travian: Legends mestilah dimainkan menggunakan pelayar yang konvensional dan tidak diubah suai. Dilarang menggunakan skrip dan/atau bot untuk menjalankan tindakan yang tertentu secara automatik pada avatar tersebut atau untuk mendapatkan ciri premium.

Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan yang berikut:

  • Menyerbu avatar yang lain secara automatik (dan menghantar gelombang serangan secara automatik) 
  • Memulakan pengembaraan secara automatik 
  • Membina dan menaik taraf lapangan sumber dan bangunan di kampung secara automatik 
  • Mengimbas peta secara automatik 
  • Mengimbas statistik pemain lain secara automatik 
  • Menolak sumber kepada avatar yang lain secara automatik 
  • Melatih askar secara automatik 
  • Meletakkan bidaan di dalam lelongan bagi item secara automatik 
  • Memulakan sambutan secara automatik 
  • Mengimbas kampung sendiri untuk memaparkan sumber kampung dan maklumat di dalam satu tempat 
  • Apa-apa tindakan automatik yang dilakukan oleh perisian pihak ketiga 
     

Travian Games berhak mendenda pemain yang menggunakan skrip atau bot untuk menjalankan apa-apa tindakan secara automatik secara kekal atau bagi tempoh masa yang tertentu selagi dunia permainan ini aktif. 

§ 4. Ralat / pepijat program

Ralat atau pepjiat atau yang seumpamanya di dalam permainan tidak boleh digunakan untuk manfaat avatar dan perlu dilaporkan kepada pasukan sokongan. Penyalahgunaan apa-apa ralat atau pepijat boleh dihukum. 

§ 5. Menjual/membeli kandungan permainan

Dilarang sama sekali menjual atau membeli perkhidmatan daripada pihak ketiga, akaun Lobi, avatar, sumber, unit, kampung, Emas, atau perak. Tawaran untuk menjual atau membeli kandungan permainan yang melibatkan wang juga dilarang.  Akaun Lobi dan avatar tidak boleh dijual dengan nilai wang. 

§6. Netika

  • § 6.1 Pemain perlulah sentiasa berkomunikasi dengan sopan.
     
  • § 6.2 Profil, nama kampung atau apa-apa kandungan yang lain yang tidak sesuai boleh disunting oleh Perkhidmatan Pelanggan tanpa amaran. Perikatan dengan nama dan/atau kandungan yang tidak sesuai di dalam profil mereka, forum awam atau mana-mana tempat awam yang lain mungkin dipadam.
     
  • § 6.3 Perlakuan yang berikut dilarang sama sekali: Penyalahgunaan, fitnah, seksis, rasis atau bahasa yang menghina; berkelakuan buruk terhadap mana-mana agama, kaum, bangsa, jantina, kumpulan umur, atau orientasi seksual; ancaman sebenar; menyamar sebagai kakitangan Travian: Legends atau jawatan rasmi di dalam syarikat ini.
     
  • § 6.4 Permainan ini mestilah bebas daripada politik dan agama dunia sebenar.
     
  • § 6.5 Menampal dan memaparkan bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak tidak dibenarkan.
     
  • § 6.6 Mesej di dalam permainan hanya boleh dipaparkan dengan izin kedua-dua pihak. Memaparkan mesej atau emel kepada atau daripada kakitangan Travian: Legends adalah dilarang, kecuali jika diberikan izin dengan jelas.
     
  • § 6.7 Apa-apa jenis pengiklanan tidak dibenarkan.
     
  • § 6.8 Apa-apa kandungan yang tidak sesuai, yang dianggap oleh Perkhidmatan Pelanggan sebagai mengganggu pengalaman permainan pemain lain, boleh dikenakan penalti.

§7. Denda

  • §7.1 Sekiranya peraturan atau Syarat-syarat permainan dilanggar, avatar tersebut akan digantung dan boleh dilepaskan dengan hukuman menurut pelanggaran yang berlaku. Nama akaun Lobi dan avatar yang tidak sesuai mungkin diubah. Apa-apa kerugian sepanjang tempoh penggantungan, termasuk “Travian Plus” dan Emas tidak akan diganti oleh Travian Games GmbH. Setiap pemain akan dilayan secara sama rata, tanpa mengira status Emas mereka.
     
  • § 7.2 Penggantungan hanya boleh dibincangkan dengan unit Perkhidmatan Pelanggan melalui portal Perkhidmatan Pelanggan.
     

    Penggantungan dan hukuman akan dijatuhkan oleh seorang ahli Pasukan Penguatkuasaan Peraturan. Sekiranya terdapat aduan, penggantungan dan hukuman tersebut akan disemak semula oleh seorang lagi ahli Pasukan Penguatkuasaan Peraturan. Keputusan mereka adalah muktamad.

    Pemain bersetuju bahawa pasukan Travian: Legends tidak boleh mendedahkan mekanisme yang digunakan untuk mengesan perlanggaran, kerana mekanisme tersebut boleh dipintas.

    Penggantungan, pemadaman dan akibatnya tidak boleh dibincangkan secara awam. Pasukan Travian: Legends tidak akan mendedahkan maklumat mengenai penggantungan kepada orang selain daripada mereka yang terlibat.


§ 8. Klausa perubahan dan pembetulan peraturan

  • § 8.1 Travian Games GmbH berhak mengubah peraturan ini ada bila-bila masa.
     
  • § 8.2 Jika satu-satu peraturan permainan menjadi tidak efektif atau tidak sah, kesahan peraturan yang lain tidak akan terjejas. Travian Games GmbH berjanji akan menggantikan peraturan yang tidak efektif dengan peraturan yang baru secepat yang mungkin.
     
  • § 8.3 Sekiranya terdapat maklumat yang tidak konsisten atau bercanggah di antara versi Bahasa Inggeris dengan apa-apa versi bahasa lain bagi penerbitan ini, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

 

Penjelasan yang lebih terperinci tentang peraturan permainan yang tertentu boleh didapati di dalam Soalan Lazim Peraturan Permainan