Travian: Legends mendapat ruangan Lobi!

Kami teruja untuk memperkenalkan peningkatan besar terhadap pengalaman Travian: Legends anda – sistem akaun lobi yang baru. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang besar yang direka supaya anda dapat menguruskan avatar anda dengan lebih mudah dan cekap merentasi semua dunia permainan yang berbeza.  

Sistem akaun lobi akan dilaksanakan di semua dunia permainan kami pada akhir bulan Jun 2024. 
Apakah kelebihan sistem lobi ini kepada permainan kita? 
Akaun lobi adalah pusat kawalan anda untuk semua yang anda lakukan di Travian: Legends. Anda boleh melog masuk dari halaman utama di travian.com Lobi berfungsi sebagai satu platform tunggal di mana anda boleh menguruskan semua dunia permainan anda, mendaftar untuk dunia permainan yang baru, bermain dwiakaun dan memulakan pengembaraan baru tanpa perlu mendaftar semula untuk setiap tindakan.  

Ciri utama: 

  • Satu akaun lobi untuk mengawal semuanya: Setiap pemain akan mendapat satu akaun lobi yang akan memegang semua avatar mereka dari dunia permainan yang berbeza.  
  • Pengurusan avatar: Akaun lobi anda akan membenarkan anda untuk mengurus semua avatar anda, yang akan memudahkan anda untuk menukar antara dunia permainan yang berbeza.  
  • Dwi-pengurusan dan keselamatan yang lebih baik: Jemput rakan kongsi anda untuk bermain avatar anda terus dari lobi. Setiap dwiakaun akan mempunyai akaun lobi mereka sendiri, yang akan meningkatkan keselamatan dan kemudahan untuk akses. Rakan kongsi anda tidak perlu lagi mengetahui kata laluan anda. Anda dilarang sama sekali untuk berkongsi kata laluan akaun lobi anda dan perbuatan ini merupakan satu pelanggaran peraturan permainan. Setiap pemain mestilah menggunakan akaun lobi mereka sendiri untuk mengakses avatar kongsian. 
  • Ciri-ciri pemindahan kampung: (Akan datang) Jika anda tidak berpuas hati dengan titik permulaan anda untuk apa-apa sebab sekalipun, anda akan mendapat peluang untuk memindahkan kampung anda tanpa mendaftarkan avatar yang baru. 
Perbezaan antara akaun dengan avatar: 
Akaun lobi:

Ini adalah akaun utama anda di https://www.travian.com/ . Ia berfungsi sebagai pusat kawalan untuk semua avatar anda merentasi semua dunia permainan. Akaun lobi anda adalah tempat anda menguruskan dwiakaun, memulakan dunia permainan yang baru, dan mengakses semua avatar anda. Untuk memberikannya identiti yang unik namun mudah dicam, setiap akaun lobi mempunyai kombinasi satu nama dan satu tag. 

Avatar:

Ini adalah profil biasa anda di dalam dunia permainan yang tertentu.  Sebelum ini disebut sebagai “akaun”, avatar kini adalah jelmaan diri anda di dalam setiap dunia permainan yang anda mainkan. Anda boleh menggunakan apa-apa nama untuk avatar anda, seperti sebelum ini. 

 

Tempoh peralihan  

Dengan pengenalan akaun lobi, kami memahami bahawa kita memerlukan tempoh peralihan supaya anda dapat menyesuaikan diri dengan ciri dan kefungsian yang baru ini. Untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar, inilah apa yang perlu anda tahu: 

Avatar “lama” (sedia ada):  
  • Jika anda mencipta avatar anda sebelum lobi diperkenalkan, anda perlu membuka akaun lobi untuk mengakses faedah penuhnya.  
  • Semua avatar dengan alamat emel yang sama seperti akaun lobi anda akan ditambahkan pada akaun lobi baru anda secara automatik. Anda juga boleh menambah “dwiakaun” dengan cara yang baru (jemputan melalui lobi). 
  •  Untuk memastikan peralihan ke sistem lobi yang baru ini berjalan lancar, bagi avatar tersebut, masih terdapat pilihan untuk menukar emel avatar terus di dalam permainan dan memutuskan sambungannya dengan akaun lobi. 
  • Anda masih boleh melog masuk ke avatar “lama” menggunakan kata laluan avatar yang berasingan secara terus pada halaman log masuk dunia permainan. 
Avatar baru:  

Di masa akan datang, avatar yang baru selepas sistem lobi dilancarkan hanya boleh dicipta di lobi. Buat masa ini, penukaran pemilikan avatar tidak dibenarkan. Avatar akan menjadi milik kekal akaun lobi yang telah mendaftarkannya di dunia permainan tersebut. 

Pemindahan Emas dan pingat 

Buat masa ini, pemindahan Emas dan pingat masih tersambung pada alamat emel yang sama dan berfungsi seperti sebelum ini. Pada masa akan datang, kami merancang untuk memasukkan pemindahan Emas dan pingat ke dalam akaun lobi juga. 

Secara keseluruhan, ini hanyalah permulaan. Kami akan terus memperluaskan ciri-ciri lobi untuk menjadikan lobi tempat yang unik yang bakal mengubah keseluruhan pengalaman permainan, yang akan penuh dengan ciri-ciri baru yang menarik. 

Di manakah untuk mendapatkan maklumat lanjut 

Untuk mendapatkan maklumat dan jawapan yang lebih terperinci bagi soalan lazim tentang lobi, dwi-pengurusan dan ciri-ciri kelahiran semula yang akan datang, sila lawati artikel pangkalan pengetahuan kami: 

+1
69
+1
41
+1
22