Travian Tournament 2024

Berkumpullah wahai pahlawan, untuk menyahut laungan di seluruh Travian!

Pentas sudah dipasang, cabaran telah dibentangkan: Travian Tournament akan menarik juara dari segenap sudut dunia untuk merebut takhta dan menuntut trofi yang dipertaruhkan. Bersedialah untuk menuju kegemilangan yang sedang menanti anda!

⚔️Pusingan Kelayakan Kejohanan⚔️ bermula pada 12 Jun 2024!

🌎 Pusingan Kelayakan Wilayah

Untuk tahun 2024, kejohanan ini kembali dengan empat dunia permainan yang berasaskan wilayah: Amerika, Arab, Asia, dan Eropah. Anda dibenarkan menyertai semua dunia permainan kelayakan yang ada.

Kedua-dua pusingan Kelayakan dan perlawanan akhir mempunyai lima puak, kelajuan x2, Keajaiban Dunia dan dijalankan pada peta 401×401 yang kecil.

Syarat-syarat Pertandingan

Setiap tahun, kami akan menyegarkan semula dan mengemas kini syarat-syarat kejohanan kami, jadi pastikan anda membacanya dengan teliti sebelum menyertai. Muat turun PDF ➡️ di sini ⬅️

🏅Pingat dan Trofi

Pemenang kejohanan, pemain dari 10 teratas dari kedudukan serangan, pertahanan atau populasi akan menerima pingat yang unik untuk  pencapaian mereka. 

Mereka yang kurang bernasib baik akan mendapat pingat yang terselamat.

Pembina Keajaiban Dunia akan mendapat trofi yang unik yang bertemakan Travian!

Catatan: Pingat akan diberikan kepada pemain-pemain yang bermain hingga akhir sahaja selepas pusingan permainan berakhir.

🆕Perubahan penting

Perubahan berikut akan dikenakan terhadap pusingan Kelayakan dan Akhir:

  • Jumlah maksimum perikatan yang dibenarkan di dalam gabungan akan dikurangkan kepada tiga. Secara keseluruhannya, maksimum 180 akaun boleh disambungkan oleh sistem gabungan.
  • Menangkap Keajaiban Dunia dan sebarang pertempuran melawan kampung Keajaiban Dunia akan dinyahaktifkan sehingga hari ke-65 permainan bagi dunia permainan x2.
  • Masa bertenang penaklukan bagi dewan perbandaran: Apabila seorang pemain menakluki sebuah kampung daripada pemain yang lain, tempoh bertenang akan dimulakan secara automatik bagi dewan perbandaran.
  • Maklumat lanjut mengenai perubahan terhadap semua dunia permainan yang bermula selepas 1 Mei 2024 boleh ditemui ➡️ di sini.

🏆 Hadiah dan keperluan kelayakan

Kegemilangan abadi adalah sesuatu yang hebat. Namun, jangan lupa bahawa Travian Tournament juga membawa barisan hadiah yang berprestij, untuk pusingan Kelayakan dan juga perlawanan Akhir. 

⚔️Pusingan Kelayakan

Pemilik Keajaiban Dunia
Pemilik Keajaiban Dunia akan menerima baucar Emas Travian bernilai  1,600 Emas.
Semua pemilik Keajaiban Dunia yang mencapai sekurang-kurangnya tahap 1 akan menerima 1 kunci masuk setiap seorang bagi Pusingan Akhir Kelayakan.
Kedudukan serangan, pertahanan dan populasi
Setiap pemain di dalam kedudukan 20 teratas bagi kedudukan serangan, pertahanan atau populasi akan menerima baucar Emas Travian bernilai 1,200 Emas.
100 pemain teratas bagi kedudukan serangan dan pertahanan setiap seorang akan menerima 1 kunci masuk bagi Pusingan Akhir Pertandingan.
Setiap pemain yang memiliki 10 kampung atau lebih akan menerima 1 kunci masuk ke Pusingan Akhir Pertandingan.
*Sekiranya seorang pemain berjaya mendapat beberapa kedudukan, mereka akan menerima hadiah mengikut prestasi terbaik mereka. Pemain tidak dibenarkan untuk memenangi lebih daripada 1 hadiah di dunia permainan yang sama. Walau bagaimanapun, pemain mempunyai peluang untuk memenangi 1 hadiah bagi setiap dunia permainan Kelayakan.

🏆 Pertandingan

Perlawanan Akhir Kejohanan hanya boleh diakses melalui kunci pendaftaran sahaja.

Pemilik Keajaiban Dunia
Pemilik Keajaiban Dunia yang menang akan menerima baucar digital bernilai €4,000  dan trofi.
placer.png
Pemilik Keajaiban Dunia yang mendapat kedudukan 2 hingga 5 akan menerima baucar digital bernilai €2,000.
Pemilik Keajaiban Dunia yang mendapat kedudukan 6 hingga 13 akan menerima baucar digital bernilai €1,000.
*Untuk layak menerima hadiah dalam kategori pemilik Keajaiban Dunia, Keajaiban Dunia tersebut perlu mencapai sekurang-kurangnya tahap 1.
Keajaiban Dunia perikatan
Semua ahli perikatan yang memegang Keajaiban Dunia yang terbaik akan menerima baucar Emas Travian bernilai 1,600 Emas.
placer.png
Semua ahli perikatan yang memegang Keajaiban Dunia kedua terbaik akan menerima baucar Emas Travian bernilai 1,000 Emas.
Semua ahli perikatan yang memegang Keajaiban Dunia ketiga terbaik akan menerima baucar Emas Travian bernilai 600 Emas.
Kedudukan serangan, pertahanan dan populasi
Pemain di dalam kedudukan 20 teratas bagi kedudukan serangan, pertahanan atau populasi akan menerima baucar Emas Travian bernilai  1,600 Emas.
*Sekiranya seorang pemain berjaya mendapat beberapa kedudukan, mereka akan menerima hadiah mengikut prestasi terbaik mereka.

📝 Butiran Dunia permainan

Maklumat am
Kelayakan Kejohanan 2024 Asia
ttq.x2.asia.travian.com
Kelayakan Kejohanan 2024 Amerika
ttq.x2.america.travian.com
Kelayakan Kejohanan 2024 Arab
ttq.x2.arabics.travian.com
Kelayakan Kejohanan 2024 Eropah
ttq.x2.europe.travian.com
Tarikh mula
12 Jun 2024
Masa mula
11:00 ptg UTC+1
Versi
T4.6
Saiz peta
401×401
Kelajuan
Kelajuan x2
Bahasa Antara Muka
Semua
Puak-puak
  • Gaul
  • Teuton
  • Rom
  • Orang Mesir
  • Orang Hun
Persediaan
Keajaiban Dunia
Mod percutian
Dimatikan. Untuk menjadikan pertandingan lebih adil, kami telah mematikan pilihan mod bercuti untuk pusingan Kelayakan dan perlawanan Akhir.
Garis masa relevan
Perlindungan orang baru
3 hari
Perlindungan orang baru mungkin dipanjangkan
3 hari
Artifak yang dikeluarkan
Selepas 45 hari
Pelan pembinaan yang dikeluarkan
Selepas 90 hari
Pelayan berakhir dengan kemenangan Natar
Selepas 160 hari
Peringkat 2 Item wira yang didapati
Selepas 35 hari (+- 24j)
Peringkat 3 Item wira yang didapati
Selepas 70 hari (+- 24j)
Pendaftaran ditutup
Selepas 10 hari
Faktor kelajuan
Latihan askar
Kelajuan x2
Naik taraf bangunan
Kelajuan x2
Pengeluaran Sumber
Kelajuan x2
Kelajuan perjalanan askar
Kelajuan x2
Kelajuan saudagar
Kelajuan x2
Tempoh lelongan
12 jam (+- 2j)
Kesan maksimum Hasil Seni
1300 CP
Tempoh bertenang hasil seni dan bekas air
24 jam
Sambutan dewan perbandaran kecil
Maksimum 500 CP
Sambutan dewan perbandaran besar
Maksimum 2000 CP
Ciri-ciri Emas
Akaun Travian Plus dan tempoh bonus sumber
3 hari
Pemindahan masuk Emas
Hanya pemindahan dari pusingan kejohanan yang bermula pada tahun 2021 atau yang lebih baru
Pemindahan keluar Emas
Semua dunia permainan 4.6
Rujuk rakan
Sistem rujuk rakan dimatikan bagi pusingan Kelayakan dan perlawanan Akhir.

Asah pedang anda dan bersiap sedia untuk bertempur bersama rakan anda!