Community Week ~ Warmongers

Di saat hari-hari menjadi lebih panjang dan warna-warna musim panas mula muncul, sebuah bab baru bermula di dalam Buku Kebijaksanaan misteri kita. Berikutan kejayaan Community Week kita di dunia permainan “The Barbarians”, di mana kita telah memperkenalkan perubahan terhadap Teuton dan Gaul selain daripada Rom yang diseimbangkan semula sebelum ini, kita teruja untuk mendedahkan pengembaraan kita yang seterusnya yang hebat di dunia Warmongers 

Di dunia ini, kami akan mengekalkan parameter yang telah diubah untuk Rom, Teuton, dan Gaul, yang membawa semula pelarasan yang berjaya dari “The Barbarians”, yang berdasarkan maklum balas daripada komuniti kita. Selain daripada itu, kami juga mengambil ciri-ciri yang terbaik daripada senario khas kami yang lain!

Warmongers membawa kita ke era transformasi dan konflik di benua Eropah. Dengan kejatuhan empayar purba dan kuasa baru bangkit, pentas sudah tersedia untuk pertarungan epik. 

Sertai kami di dalam dunia baru ini yang menampilkan: 

  • peta Eropah dengan 87 wilayah yang mempunyai artifak, Keajaiban Dunia dan pelan pembinaan yang berharga
  • Puak Gaul, Teuton dan Rom yang lebih seimbang
  • pelabuhan dan kapal yang dipertingkat
  • Kesemua 6 puak akan disediakan, yang akan benar-benar menguji 3 puak yang telah diseimbangkan semula
  • Kelajuan x2 bagi permainan yang lebih pantas

Jangan lupa untuk mengundi ciri-ciri tambahan yang anda mahu, untuk menjadikan permainan ini lebih peribadi: 

📜Masa mula: 9 pagi, 11 pagi, 1 tengahari, 3 petang atau 5 petang UTC+1

📜 Ciri-ciriAskar gabungan dan memajukan askar : ya atau tidak? Sila ambil perhatian, kedua-dua ciri ini tidak boleh dipisahkan. Anda tidak boleh memilih salah satu sahaja. 

📜Pemberitahuan awal serangan ahli perikatan: Adakah anda ingin perikatan anda diberitahu mengenai serangan atau lebih suka menyembunyikannya daripada mereka? 

📜 Permulaan lanjut: Bermula dari awal atau melompat terus dengan 3 kampung dari set awal? 

📜 Mengekalkan puak taklukan dan pilihan puak kampung kedua : Adakah anda lebih suka bermain dengan satu puak sahaja atau mempunyai kesemuanya? 

📜Tiada gabungan: Bermain untuk perikatan anda sendiri sahaja atau bergabung sehingga 3 perikatan? 

Bersedia untuk dunia permainan di mana strategi mencapai tahap yang baru dan jangan lupa untuk mengundi ciri-ciri di atas di saluran Discord khas kami. 

🗩 Sertai komuniti Discord kami, berikan malum balas mengenai pilihan yang anda mahukan dan bersedialah untuk pertempuran yang sengit di sini. 

+1
11
+1
2
+1
8