Perubahan permainan: Melawan unit yang lemah tidak memberikan apa-apa mata

Tidak lama dulu, bersama-sama dengan kemas kini Wira, kami telah memperkenalkan beberapa perubahan untuk menghentikan pemberian mata palsu dan kami telah berjanji untuk membetulkannya.

Oleh sebab kami masih mendapat soalan mengenai perubahan ini, mari kita ringkaskan apa yang kami sudah buat dan satu lagi perubahan yang akan kami perkenalkan untuk semua dunia permainan dengan kemas kini yang seterusnya.

🛡️Tiada mata pertahanan sekiranya mengalahkan unit yang lemah

Semasa bertahan, mengalahkan unit penyerang yang lemah tidak lagi memberikan apa-apa mata bagi kedudukan pertahanan. Semua unit penyerang dengan serangan asas sebanyak 15 atau kurang tidak akan diambil kira di dalam kedudukan pembela. Peningkatan bengkel fabrikasi dan bonus lain tidak penting di sini.

Contohnya, diserang oleh askar hamba abdi (nilai asas sebanyak 10) tidak memberikan sebarang mata kepada pertahanan. Sila ambil perhatian bahawa perubahan ini tidak menjejaskan cara pengalaman wira diperoleh.

⚔️🆕Tiada mata serangan sekiranya mengalahkan unit persekutuan yang lemah

Ini adalah satu lagi langkah hasil daripada bahagian saranan komuniti di Discord.

Menyerang unit yang lemah yang dimiliki oleh persekutuan atau konfederasi yang sama dan mempunyai nilai pertahanan gabungan asas ( + )÷2=sebanyak 15 atau kurang tidak akan dikira bagi kedudukan penyerang. Peningkatan bengkel fabrikasi dan bonus lain tidak penting di sini.

Contohnya:

  • Askar Belantan mempunyai nilai pertahanan anti-infantri asas sebanyak 20 dan pertahanan anti-tentera berkuda sebanyak 5.
  • 20 + 5 ÷ 2= 12.5
  • 12.5 < 15

Ini bermaksud mengalahkan askar belantan, peninjau, dan unit persekutuan yang seumpamanya dengan pertahanan yang lemah tidak lagi memberikan pemain apa-apa mata pertahanan.

Sila ambil perhatian bahawa perubahan ini tidak menjejaskan cara pengalaman wira diperoleh.

+1
13
+1
14
+1
4